m.i.l.o.v.e.d.r.u.l.o.v.e.d
Just a dose of my heart...
Showing posts with label About Relationship. Show all posts
Showing posts with label About Relationship. Show all posts

I am back after 3 days being hospitalised. Seperti yang aku jangka, memang I had to be put on a machine - depending on it to clean my blood. My kidney has reached end stage and I need the help of a machine, 3 times a week for 4 hours each time. What have I done to my life? This is indeed a big change to us both - financial wise, time and whatever that we may think of after this. My physicals have changed. I now have a catether attached to my neck. A rather ugly looking plastic tubes used as bridge between the artificial kidneys and me. And this will be here until I do the vascular surgery on my arm and until it heals 6 weeks later. Aduhhh dah la hodoh nak kene buat vascular surgery tu will need money. Mana aku nak cekau ni?

Aku masuk 3rd class ward je pun. No fancy private hospital sebab I cannot afford it. Memang gaji aku banyak dan company ada cover some medical tapi I have used the facility and gaji tu bak orang kata, besar peruk besar la keraknya. Takde la aku banyak hutang ke apa but my medicine costs every month, kasi orang tua, car maintenance (tu nasib baik bawak keta comey je tu), maintenance rumah dan macam-macam lagi la. Nak beli insurance tak layak sebab they don't and won't cover me sebab I am a juvvey diabetic, so automatically diabetes and those related to it memang la tak di cover. And no point paying a bomb for it kalau what I really need it for tu is not catered for. Takpe la, 3rd class hospital tu ok lagi... baru lagi serba serbi cuma nurses dia je la ada blur sket huhuhu.
Aku kene marah ngan doctor sebab defaluted my nephro appointment in July. Masa tu I was going for umrah and the nephrologist said kalau my creatanine level takde improvement, I won't be able to go - and I really wanted to go sebab aku tau kalau aku tak pi masa tu, ntah aku akan dapat pergi tak haji 2013 - kalau ikut that will be my turn. Biasa la... oramg banyak penyakit kan.
Moreover company aku skang ni baru dapat HR manager baru, so sibuk la dia mengimpliment new things yang menyebabkan aku tak berapa berani dan tak berapa bebas keluar waktu kerja untuk attend doctors appointment. My leave pun dah banyak exchausted - MC pun. MC exhausted sebab I went for laser treatment kat mata ada blood vassel pecah (also due to kidney failure ni la) and everytime treatment I had to go straight home and sleep. Silau beb, macamana nak kerja sedangkan kerja aku menatap PC 8 jam sehari.
Ok la nasib baik masuk spital 3 hari je. Tu pun aku dah rimas, tak leh tido sebab lampu terang - whoever la yang boleh tido kat spital tu aku respect la. Last year masa aku kene stroke pun aku masuk the same ward, the bed opposite mine this time. Walaupun nurses hospital ni blur tapi they are very friendly and boleh la dikatakan efficient juga. Cuma they can be noisy at times.
I'll be doind dialysis at this hospital for the next 2 weeks. Next Monday kene pi HKL nephrology clinic plak to meet the specialist. Kat Hospital skang ni takde Nephro specialist so they referred my case to HKL la. OOooooo lala... I hate HKL, spooky and old!
OK, dah kene buat hemodialysis ni... ada beza ke? Takdenye! Dari tengahari tadi aku dah start muntah balik. Stop muntah for a day saja. Malam tadi aku hypo and today muntah-muntah balik, kene sorong la katil masa cuci darah tadi dan aku plak mengusung muntah tu dari dialysis center tu to my place kat wad. Kesian la kat A 2 -3 hari ni penat dia dan tadi mas discharge kan aku, mata dia merah sebab he hasn't been sleeping well lately - banyak kerja from office katanya. Aku plak suka kacau dia malam-malam ni bila dah takleh tido... hmmmm kesian kan? Tapi kalau tak kerana A aku mungkin tak tak tabah hadapi semua ni. Untuk pengetahuan sesapa je la yang membaca. My dad, my adik beradik - nobody from home came these past 3 days to visit me - betul la aku kata, apa pun  I will end up alone jugak!


 

I suddenly realised tonight that the only reason why God has let me lived this long and added a year to my age sebab Dia nak aku melalui apa yang telah ditulis untukku. Dengan itu aku perlu redha dan sentiasa bersedia menempuhi apa saja yang He planned for me.

Memang sepatutnya aku tak perlu takut. Aku ada A dan aku ada A. Aku hanya ada A sedangkan aku sendiri tahu benar perangai keluarga ku yang hanya pandai berkata-kata tapi when the time comes to doing it, harammmmm.... but I have A and I shouldn't be afraid.
After 2 weeks of torture vomitting non stop, losing weight and not having appetite at all, apatah lagi nak bekerja. dah seminggu lebih pun aku asik MC. Tonight I made up my mind, after contemplating with the idea whether to go to the hospital or to just let it be. The phone call I made to the clinic petang tadi mengatakan yang memang my creatanine level dah naik to 1300+ and my urea level is extremely high. The doctor yang mungkin aku lebih pandai daripadanya kerana I was the one who suggested for the blood test, dan dia asik bagi aku ubat gastric, suggested I go to the hospital immediately. I have delayed this moment for over 2 months now. Putting aside the idea of depending on a machine for life sampai bergaduh ngan bapa sendiri but perhaps this is the time that he fulfils his promises. Proving to me
 that he is really a good father yang selama ini aku sangkal sebab kerananya ibuku merana, kerananya juga kami adik beradik derita. And it's from his blood that i got penyakit keturunan ni. Believe me, every single person in his family has diabetes and I got it when I was 16.
So I told A in between vomits to take me to the hospital. Memang A dah offer dari tadi but I told him I didn't want to go. Bergegas la A amikkan my toiletries. my baju and put them in a bag. I know what's waiting for me at the hospital karang and I definitely know it's going to be one long stay....

 

Sepuluh minit lagi tepat la umurku 33 tahun. Aku dilahirkan jam 5:10 minit petang di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Hari ini merupakan hari yang amat sedih bagiku. satu kerana aku rindu pada arwah ibuku yang harijadinya semalam. Dua aku sedih kerana tuhan panjangkan umurku, bermakna aku terpaksa mengharungi liku-liku hidup berpenyakit ini. Entah sampai bila penyiksaan ini terpaksa aku harungi. Namun aku amat bertuah kerana punyai seorang yang amat menyayangiku. Aku juga punya kawan-kawan yang baik, walau lebih baik jika keadaan aku berbeza seperti dulu-dulu semasa aku masih sihat.Aku baru saja menerima kunjungan rakan-rakan baikku, S, M dan R. W dan Z menelefon dari tempat mereka dan inilah pertama kali sejak zaman U dulu hari jadiku dihadiri oleh semua insan-insan yang kusayangi selama ni. Tapi alangkah sedihnya ibuku tiada dan ayahku pula tidak mengucapkan selamat hari jadi kepadaku. Tak mengapalah jika ini nasib ku.

Malam ini A akan kembali ke rumah ibunya. Aku sedih lagi kerana aku tetap akan ditinggalkan walau ini hari jadi ku. Keseorangan la nampaknya aku lagi. Aku amat berharap yang A tak akan pergi malam ini. Temani aku di hari jadi ku yang tidak ku sangka akan kulalui lagi tahun ini. Aku benar-benar menyangka yang umurku tidak akan sempat mencecah 33 tahun.
Ya, aku masih muntah-muntah. Sebenarnya S, M dan R mengajak aku dan A lunch bersama untuk meraikanku tapi kerana aku sakit maka mereka datang menjenguk dirumah bersama kuntuman bunga ros dan fruit basket dan bermacam hadiah lagi. Seronok aku rasa bila mereka datang bertandang kerumah. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran M yang datang dari tempat yang amat jauh.
I really wish A would not leave me tonight. Kecik hati pun ada...



 

Rupa-rupanya tuhan panjangkan umurku. Tanggapan aku yang aku tak akan melangkau hari jadiku kali ni salah. Ternyata arwah ibuku dan kembar ayahku yang meninggal sebulan sebelum hari jadi mereka tidak serupa bagiku kali ini. Ternyata derita aku kesakitan akan aku tanggung untuk masa yang lebih panjang lagi.
Malam tadi A dan aku menonton filem seram Susuk yang katanya box office dan berjaya mengutip jutaan ringgit, Filem tahun 2006 ini akhirnya kepanggung pada tahun ini tapi kami tidak berkesempatan menontonnya dipanggung atas sebab-sebab tertentu. Maka kami telah membeli DVDnya. Aku tertidur di saat-saat akhir filem ini - faham-faham sahajalah kalau dah tertidur semasa menonton filem seram - maka tak seramlah cerita itu dan memang membosankan.
Tepat jam 12 malam seperti biasa tahun-tahun lalu A akan memberi kejutan padaku. Tapi tidak kusangka aku akan terbangun jam 12 malam dan dikejutkan dengan sebuah kek yang simple tapi cantik (biasala lelaki yang pilih kan) dan juga beberapa hadiah yang ternyata memang aku sukai. Aku sayang pada A kerana dia sentiasa faham akan apa yang aku mahu. Malangnya selepas memakan beberapa sudu kek pemberian A, aku muntah. Maka tidaklah kusentuh lagi kek tersebut.
Kami tidur dalam pelukan dan rasa penuh kasih sayang. Aku sebenarnya sedih, rasa terkilan pun ada kerana tuhan masih mahu aku teruskan perjuangan aku. Sesungguhnya aku telah berputus asa dan mengharapkan pengkahiran buat diriku. Memang terseksa bila berpenyakit sejak kecil, makan ubat tak putus-putus dan setiap kali berjumpa doktor maka ubat akan bertambah dan penyakit baru akan timbul.
Namun aku sedar, kematian bukan lah boleh diminta. Jika tuhan mahu aku terus hidup maka aku terpaksa laluinya dengan tabah. Nasib ku amat baik kerana aku punya A. Tapi aku tertanya-tanya, bilakah derita ku ini akan berakhir?

 

OK. Their boss setuju atanya and I just have to wait for them to issue the letter. Syukur la tapi selagi aku tak dapat surat black and white dari dorang selagi tu akuy takkan tender from this current company nor will I celebrate the new offer. I have learnt my lesson kat previous 2 companies dulu.
Aku rasa muntah-muntah aku makin teruk. Siap letak plastic bag kat meja ni dan muntah kat sini gak. Dah tak larat nak jalan pi toilet muntah. Balik kang nak pi klinik lagi nak mintak Doctor check darah la. Buat test on my creatanine and urea level. Kekadang tu you've got to be smarter than the doctor. Ya la yang tau your medical history is yourself dan bukannya doctor tu.
A asik offer nak bawak aku pi hospital tapi aku tak sedia lagi nak enyerah diri. Pasal tu jugak l akuy gaduh ngan papa yang sibuk suruh aku pi hospital, Memang aku ada renal failure tapi seeing what was done to my late mother masa dia bypass scares me - every time aku masuk hospital ada aja penyakit baru yang diorang discover. More pills, more frequent visits to the doctor tapi baiknye tak jugak. What I hate most is waiting masa kat hospital tu. Waiting for my turn to see the doctor, nak amik darah pun kene tunggu, nak amik ubat lagi. And with the current HR tengah mengganas kat company ni I think I'll have to forget about hospitl for the time being. As a matter of factly I missed my eye appointment on the 4th hari tu.
Bulan ni je dah banyak kali aku MC dan datang lambat. Habis la gaji kene potong agaknya - I think my MC dan annual leave pun dah abis - exhausted. Thank God A has been helpful these past two weeks. Rumah memang aku tak sentuh langsung so A je la yang uruskan everything. Tapi biasa la kan kalau lelaki yang uruskan rumahtangga... Ahh my birthday in 2 days time - sempat ke tidak agaknya...

 

There was a change of plan malam tadi - tak jadi plak tengok Sumpahan Pocong tu - that'll reserved for next week - providing that they are still showing the movie lah kan... next Friday sempena Halloween - kat Malaysia ni tak celebrate so celebrate la sendiri hehehe.
So we ended up watching a not so bad movie called 'House Bunny' - kelakar a jugak for suka-suka untuk tengok awek-awek cun ala-ala model Playboy boleh la. Hehehe ye, sapa lagi kalau bukan A nak tengok. My choice in movies memang akan citer hantu but A la suka comedy - boleh la layan once in a while. Quite funny though cerita dia.


Dinner pun tak jadi kat Chili's sebab ramai sangat orang biasa la KL bila lepas hujan petang-petang tu kan maka lambat la A sampai my office to pick me up - so ada tinggal masa to gobble apa yang sempat je la. So we decided to go to Signatures Level 2 Food Court dan makan kat one of our favourite stalls kat situ - the Western Food stall, so makan la mixed grill.
Then malam tadi aku macam hangin sket ngan A, bukan angin la, macam rasa nak merajuk la, sebab dia insist on going back to his om's house malam semalam jugak - memang la weekend dia selalu balik but last night masa kami sampai dah midnight, he still wanted to go home, katanya his mother nak pinjam my car nak pi beraya pepagi...adeh, apa nak buat terima je la. Bukan apa, walau dah 7 tahun kami sama, every time A nak pi memana dan tinggalkan aku sorang-sorang aku akan still terasa nak nangis. I am just so bad at saying goodbyes walaupun kejap je. Bukan tak biasa pun kene tinggal-tinggal ni... weekend orang lain spend time dengan family, dengan hubby dia, aku selalunya sorang-sorang. A balik pun on Sunday selalunya la dah petang. Then on weekdays kami duk cakap pun pakai YM and the little time we have before going to sleep. Kekadang tak cakap langsung - just a good night kiss and a routine hug in the morning. Haih, komplen macamana pun, aku tetap sayang kat A and I know there's nothing that would come in between A and me. Not anymore (ada la sejarahnya dulu) Nanti-nanti la aku citer. This morning at 7 he sent me a text message dengan perkataan berbunga-bunga. I guess A knows aku macam merajuk but what I want is for him to be with me, right here, like any other happy couples. Am I pathethic or what?

 

I am alone again tonight. A pi main futsal pulak. Cursing Astro for showing the same cerita over and over agin - membazir duit je bayar memahal - there aren't any good movies to watch. Their raya stuff pun duk ulang sampai berbelas kali, tu pun mau bangga showing stuff for raya sampai 14 hari konon - bak kata Patric teoh - Niamah! Poodah! (apa maksud niamah tu ek? I hope tak mencarut lah hehehe).
I know that A is the happiest man on earth hari ni. Semalam malam aku ikut dia pi beli PDA phone impian dia tu... dah sebulan kot duk asik cakap pasal phone tu. At the office pun balik-balik forward me the write ups pasal the phone - takpe la, as long as dia happy I will be happy too - ada ler aku kene berkorban sket for him to get the PDA phone but I am not going to say what. As long as my other half is happy and smiling all the way from ear to ear. Considering what he has done for me all these while, this sacrifice I made kira kecik amat la.
Today indeed is an important day for us - I though he has forgotten about it, maklumlah dah dapat toy baru, toy lama dilupakan muahahaha but he remembered when I specifically asked him "Do you know what day this is?" "Yes, it's our declaration day" Alahai... lemah lutut aku bila dia ingat this date when we declared. Nanti ada masa (walaupun memang banyak masa) and mood akan aku ceritakan how we came to declare. Complicated and involved real hard work.
We didn't do anything special for our 'Declaration Day' - actually baru tahun ni it's given a name - selalunya we call it 'Our Actual Anniversary' - kami usually celebrate the day we met mata bertentang mata. Bak bahasa buku, bibit-bibit percintaan bermula gitu, tarikh kawen la senang - I told you it's complicated, nantila I'll explain when the right time comes. Apapun kisahnya, I love you very much A, you mean the world to me!
Malam ni tapau makan from On The Run Esso - the other day we bought their nasi ayam macam sedap gila but today, cheh hampeh haram tak sedap langsung ayam panggang percik tu - apa yang terpercik tu I am beginning to wonder. Nyesal la jugak but actually I wanted Ayamas punya ayam percik since yesterday tapi Cik Abang dah ajak pi beli phone (keluar dalam hujan lebat tu ko, sanggup!) maka tak jadik la makan ayam panggang berjumlah seeokr itu. Hehehe sekor lagi!
Anyways, I am feeling a little better today - takde apa yang menyakitkan hati and whatever has happened on Sunday hari tu with dad, let it be and just hope time will heal. He said he forgave me, just hope he wont bother me again with that 'thing' I was telling you guys about.
Hmmm dalam aku blog hopping one of my favourite blogs 'Catz's Cafe' she was showing pictures of her recent raya holiday in NZ (New Zealand ok bukan NZ Curry House ye) and I think I have found a holiday destination for the two of us next October musim bunga.... I want to see the beautiful flowers! Fuh...fuh... mintak-mintaklah ada cukup duit to do just that, Aminnnn...

 

Will be spending the day (and night) alone again today. A is again away on his conference. Something happened last night - aku merajuk ngan A. Malam kan aku ada meeting ngan the guy who offered me the job tu, so A followed la (he was having the car and fetched me from home from his conference and then took me to the place). Aku suruh A makan dulu so he bought McD and I only asked for coffee with the intention of eating lepas meeting tu. A by all means could have joined us as he is working in the same industry and it could be an opening for him too - bukannye untuk kerja full time tapi freelance but as usual he would prefer to shy away and I thought he was watching football shown at the mamak restaurant but he was waiting in the car. The meeting pulak took longer than expected - about 3 hours or so. Bukan apa, orang ni sesat, orang tu sesat (aku ingat dorang ni dah biasa dengan tempat tu as they were the one who suggested the place pun).
Tapi kan 3 jam aku jumpa bebudak tu pun tak la selama mana - tak la selama yang selalu aku kene tunggu A jumpa kawan-kawan dia yang selalunya kalau tak amik 5 hours per meeting tak sah - only that I didn't wait in the car la, tapi aku tunggu kat rumah - sama je kan? Like today, yesterday, the night before and the the night before that sampai kul 3 pagi aku tunggu - and I never tarik muka masam. Tapi ni la sekali aku pi jumpa a group of people yang I don't consider my friends pun, just people who are giving me an opportunity to better my life, my financial standing - untuk kebaikan kami berdua jugak - balik ke kereta muka A dah macam biasa masam semasamnya. Dengan tak bersuara sampai la kat rumah. Aku pun sampai tak makan, dah la sehari suntuk aku tak makan tunggu dia balik. Hmmm tak apa la, nak buat macamana dah perangai dia macam tu.
Tapi aku rasa kecik ati la, A wanted to go back to his mom's place and I never stopped him - just so happened that I had this prolonged meeting, takkan tak boleh give and take kot? Masa turunkan aku kat rumah pun, salam, A tak tengok pun muka aku, tak pun kuit-kuitkan jari dia kat tapak tangan aku macam biasa - marah la tu - and when I said "I love you" dia balas "hmmm". Hmmm je ke?! Aku lagi la merajuk. And he just zommed off lepas tu..
Later dia sms (aku diam je, protes tak sms soh dia drive carefully macam selalu) telling me dah sampai tapi sms dia bunyik "I dah sampai dah. Goodnite." Lagi la aku malas nak layan, saying goodnite rightaway is as though putting a full stop to that day's conversation (macam la we've had any conversation pun kan these past few days) I kept quiet, tak balas pun sms tu, switched off the TV and went to sleep.
Tiba-tiba a coupel of hours later, someone entered the room - A balik - agaknya dia serba salah ke, dia risau ke aku tak balas sms ke or maybe it finally made sense to him ke aku tak tau. Nak manja-manja ngan aku slept beside me tapi aku buat tak tau lagi... haaaa padan muka.
So pagi ni aku kejut la jugak dia untuk pi conference tu, (kalau aku tak kerjut kang jadik citer lain plak and aku tanak panjang-panjangkan citer as A ni kalau dah merajuk mengalahkan budak kecik nak pujuk - so biarla aku je yang merajuk bukan dia) Aku tak bangun pun dari katil, A kissed and hugged me and left. Hmmmm so, should I still merajuk masa dia balik malam kang? Yang pastinya bila dia dah dengan kawan-kawan dia kat conference tu dia lupakan aku. Aku makan ke tidak ke bukan dia kisah dan tanya pun macam semalam - sehari suntuk takde pun sms atau call tanay aku buat apa ke, dah makan ke, am I ok ke? Tengok la kalau aku rajin kang aku sambung la merajuk tu heheheh...

 

Ha... hari ni baru la rasa macam kerja, bukan rajin bekerja tapi baru lah macam orang yang bekerja, yang dibayar gajinya. Hehehe. Bukan apa, had a meeting since morning and baru je habis ni. Nothing much la pun except that my boss has resigned (so has some other people dalam company ni) and that I've to take over things blah blah blah (bertambahla berat the burden on my shoulder ni).

Semalam ada an old friend called offering me a freelance job - nice and paying well jugak la.. So lepas lunchtime ni nak confirm that my partner and I are taking up the offer (partner in crime buat freelance muahahaha) and another job offer came in this morning from a place yang I turned down before - turned down bukan sebab tak suka tapi the setting up took too long and I had other commitments - the best part is I was highly recommended both the times and that they insist that I join in this time and tak kisah if I want to do it on freelance basis (meaning I can still keep my current job) Kching! Kching! $$$$$ hehehehe...
Malam tadi A pi kuar ngan kawan-kawan dia, as usual when that happened aku tinggal la sorang-sorang kat rumah melangok mcm dungu. Tensen gak sebab kul 3 pagi baru A balik aku siap dah tertido and terjaga tapi dia tak balik lagi... macam hangin ler satu badan. But like I mentioned yesterday evening, A ni very sweet, pandai je dia amik hati aku. Yesterday afternoon I mentioned la I teringin makan ketupat ngan rendang tok and pagi tadi dah ada dah bendatu kat dapur - tapi bukan la ketupat, A bought ketupat Nona yang segera tu and dah siap masakkan for me when he came back this morning - siap ada rendang tapi bukan rendang tok (tak hitam pun rendang dia, brown) Tapi ok la, sejuk la jugak hati aku tak jadi la nak jeling-jeling kat dia.
This morning the plan was to have breakfast together kat mamak before work, since aku ada meeting at 9:30 and A is sending me at 9:30 (eheheh meeting kat tempat lain so boleh pi lambat sket la) Tapi oleh kerana aku dah tak leh tido lepas terjaga at 2:30 pagi tadi tengok A still tak balik lagi maka aku bangun lambat and there goes our breakfast plan - haaa lantak la not my fault at all. A pi la 7E belikan aku fresh orang and nescafe tongat ali (huhuhhuhu) for himself and a sausage bun for breakfast dalam keta pagi ni... ok ler tu, brekpes together-gether gak apa...
So, for lunch today aku makan ketupat dengan rendang.. masih mood raya ni...jangan jelessssss!

 

October 9, 2008 - 6:29pm

Posted In: . By amiloved

Hmm it's raining outside and the roads are all jammed - so I am stuck here at the office waiting for A to pick me up. Kesian dia everytime hujan he will be stuck in the bad KL traffic. And every time jugak I will have to bear with his sour face - well, I don't blame him, I blame the traffic jam but what's with the sour face lah. I think these nearly 7 years we're together belum pernah aku bermasam muka unless I am having a fight dengan dia - anything else yang outside our relatkionship, bila aku dengan A, all are forgotten. Tapi what to do, I love A very much and that's his personality, terima aje lah.

Whatever it is, A has been very kind and he has been taking good care of me ever since we moved in together about 4 years ago. Cuma sometimes he tends to be too into something and somehow terneglect me but he never realizes it. I don't really mind as long as he is always there during crucial times. Yang pastinya, A tak pernah berkira dengan aku; duit, tenaga, masa - cakap saja he will be there for me. I would never dream of having someone better than A as a spouse or life partner.
Tapi aku ni manusia (chewah, itu je la alasan) kekadang tu I tend to admire people but believe me I have never gone astray and do bad or naughty things with others (boleh caya ke ni? hehehe) Well, I can be gatal sometimes but I do know my limits. 
Hmmm dah sampai la plak A ni, cepat plak dia tadi kata jam. Ok lah, nanti aku sambung malam karang kalau aku tak tido awal - damn sleepy today sampai tersengguk-sengguk duk kat meja ni petang tadi. Nasib baik bos tak datang sini. Tata...