m.i.l.o.v.e.d.r.u.l.o.v.e.d
Just a dose of my heart...
Showing posts with label About Cooking. Show all posts
Showing posts with label About Cooking. Show all posts

Ya Tuhan penatnya aku rasa hari ni. Padan dengan muka sendiri sebab sendiri yang carik pasal. Gatal sangat mengajak kaum keluarga aku makan kat umah dan gatal sangat nak masak nasik lemak buat pertama kalinya dalam hidup aku. Boleh la tahan nasik lemak aku. Sedap la jugak walau terlembik sket. Bukan apa ka'ngah bagi salah resipi. Tapi nasib baik ikut cakap dia kalau ikut resipi internet ke, buku ke lagi haru macam kes aku buat pau sambal hari tu. Bila tiba time masak je tak jadi terus kene buang semua. Semalam aku cuba buat lagi dengan resipi ka'ngah pau sambal tu - jadik! Dan akan aku hidangkan pada keluarga aku masa Deepavali ni.. ahahah kira macam open house la tapi untuk keluarga je. Tu pun keluarga terdekat. Family A aku ajak gak tapi dorang tak dapat datang last minute. Nasib baik tak masak lebih.
Kira bangga jugak la aku masak nasik 2 kali 6 pot kot habis semuanya walaupun terlembik. Nasib baik rice cooker aku terer boleh kasi lebih kering nasik tu tak la teruk sangat. Yang pastinya malam ni aku macam rasa nak demam. Aku sendiri tak la makan banyak sangat. Betul la orang kata kalau dah sendiri masak tu memang takde selera nak makan. Aku pun dah sakit-sakit badan. 2 - 3 hari ni aku kuat semacam je prepare for the makan-makan. Siap stay up sampai 2 - 3 pagi masak dan potong-potong bagai. Bangga la sebab semuanya aku buat sendiri. A tak tolong pun part-part masak ni. Dia takut tak jadik kot. Tapi kemas rumah pun aku kene buat jugak.. hmmm tak pe la, aku yang ngengada nak ajak orang makan. Kalau masak makan berdua je kan senang. Tapi A jugak punya mulut la soh ajak family katanya aku kalau masak tak terti sikit. Nanti banyak terlebih. Ha... siap tak cukup sebab along dan sapit bungkus bawak balik buat makan malam sekali hehehe... kira okay la tu... bangga la... nanti-nanti aku masak lagi kalau rajin dan kali ni dengan resipi yang betul la... Skang ni aku nak pengsan dulu... tata titit tutu!

 

October 24, 2008 - 9:03am

Posted In: . By amiloved

Uwaaaaaaa sedey ni! Ingat tak pasal pau goreng sambal yang aku kononnya pertama kali buat hari tu. Dah penat-penat 2 jam menggentel tak ler sempat nak goreng malam tu so aku masuk la dalam freezer, Takde apa pun hal masuk freezer tu, ok je. So malam tadi aku dengan rajinnya menggoreng la setelah 2 hari asik teringat je kat pau tu ekekek dan terbau-bau sambal yang sungguh sedap yang aku masak itu kah kah kah ye la, sapa la yang sudi puji kalau bukan diri sendiri kan. Tapi kan... tapi kan.... pau ku TAK SEDAPPPPP!!!!!Habis aku buang satu pinggan. Something was wrong somewhere. Terus hilang kesenakkan sambal tumis itu dan kerana takut hari ni aku sakit perut sebab ada presentation penting pagi ni kat opes aku buang je la... Alahai penat je menggentel... kalau aku gentel benda lain malam tu dapat jugak la nikmatnya ahahahah haaaa jangan nak fikir yang bukan-bukan, gentel cottonbud dalam telinga la...Takpe, aku takkan putus asa. Janji sambal dah jadi. Akan ku usahakan lagi membuat pau tu nanti - aku rasa la kan, resipi yang aku amik kat Internet ni la yang tak betul (Muahahaha salahkan resepi plak ek, nasib baik tak kasi credit lebih-lebih kat empunya resipi tu kat sini kang tak pasal-pasal terpublish plak nama dia heheheh)



 

October 21, 2008 - 11:30pm

Posted In: . By amiloved

Ahahaha percaya atau tidak inilah kali pertama aku masak sambal tumis - an accomplishment! Dan juga kali pertama aku membuat pau goreng sambal dan menjadik! Bangga! Hins! Hins! Hins! Mungkin orang lain rasa mudah untuk buat lauk ni tapi aku ni cerewet. I like my sambal tumis pekat dan manis. Kosong dan akde isi ikan bilis ke, udang ke, kerang ke. Sambal tumis telur je aku suka tapi yang ni aku buat kosong untuk cecah dengan roti dan juga teringin sangat nak mencuba buat pau goreng berinti sambal.Dulu-dulu senang la nak dapat pau goreng sambal yang sedap. 
Beli jenama Felda kat Jusco tapi sekejap je benda tu ada thendah takde dah. Pergghhh memang sedap bangat yang Felda punya tu. Menepati citarasa aku yang amat cerewet bab-bab makan ni.So malam semalam aku telah berjaya membuat sambal tumis my style - A takkan makan punya sebab dia tak suka pedas - memang la teramat pedasnya sebab aku buang bijik cili kering tu sikit-sikit je (malas la katakan). Kemudian aku masak tanpa banyak air dan tak letak asam jawa pun. Letak gula yang banyak dan garam juga bawang merah, bawang putih ler. Pastu goreng dengan masa yang amat lama (dalam 2 jam) sampai pekat dan warnanya pun ala-ala marroon gitu, tak merah lagi. Lagi satu, minyak nak kene banyak masa goreng ni. Eh, goreng ke tumis ek? Tumis la kot...Ni tadi pulak aku semalaman menggentel pau berinti sambal sementara A pi main futsal. So dari aku duk sorang-sorang kat rumah menggentel entah apa benda, baik aku gentel yis dan tepung gandum tu untuk dibuat pau goreng berinti sambal yang amat ku teringinkan itu. Siap dah tapi tak larat nak menggoreng semalam, so tak tau la sedap ke idak - gerenti sedap punya la! Hehehehe...