m.i.l.o.v.e.d.r.u.l.o.v.e.d
Just a dose of my heart...
Showing posts with label About Family. Show all posts
Showing posts with label About Family. Show all posts

I am back after 3 days being hospitalised. Seperti yang aku jangka, memang I had to be put on a machine - depending on it to clean my blood. My kidney has reached end stage and I need the help of a machine, 3 times a week for 4 hours each time. What have I done to my life? This is indeed a big change to us both - financial wise, time and whatever that we may think of after this. My physicals have changed. I now have a catether attached to my neck. A rather ugly looking plastic tubes used as bridge between the artificial kidneys and me. And this will be here until I do the vascular surgery on my arm and until it heals 6 weeks later. Aduhhh dah la hodoh nak kene buat vascular surgery tu will need money. Mana aku nak cekau ni?

Aku masuk 3rd class ward je pun. No fancy private hospital sebab I cannot afford it. Memang gaji aku banyak dan company ada cover some medical tapi I have used the facility and gaji tu bak orang kata, besar peruk besar la keraknya. Takde la aku banyak hutang ke apa but my medicine costs every month, kasi orang tua, car maintenance (tu nasib baik bawak keta comey je tu), maintenance rumah dan macam-macam lagi la. Nak beli insurance tak layak sebab they don't and won't cover me sebab I am a juvvey diabetic, so automatically diabetes and those related to it memang la tak di cover. And no point paying a bomb for it kalau what I really need it for tu is not catered for. Takpe la, 3rd class hospital tu ok lagi... baru lagi serba serbi cuma nurses dia je la ada blur sket huhuhu.
Aku kene marah ngan doctor sebab defaluted my nephro appointment in July. Masa tu I was going for umrah and the nephrologist said kalau my creatanine level takde improvement, I won't be able to go - and I really wanted to go sebab aku tau kalau aku tak pi masa tu, ntah aku akan dapat pergi tak haji 2013 - kalau ikut that will be my turn. Biasa la... oramg banyak penyakit kan.
Moreover company aku skang ni baru dapat HR manager baru, so sibuk la dia mengimpliment new things yang menyebabkan aku tak berapa berani dan tak berapa bebas keluar waktu kerja untuk attend doctors appointment. My leave pun dah banyak exchausted - MC pun. MC exhausted sebab I went for laser treatment kat mata ada blood vassel pecah (also due to kidney failure ni la) and everytime treatment I had to go straight home and sleep. Silau beb, macamana nak kerja sedangkan kerja aku menatap PC 8 jam sehari.
Ok la nasib baik masuk spital 3 hari je. Tu pun aku dah rimas, tak leh tido sebab lampu terang - whoever la yang boleh tido kat spital tu aku respect la. Last year masa aku kene stroke pun aku masuk the same ward, the bed opposite mine this time. Walaupun nurses hospital ni blur tapi they are very friendly and boleh la dikatakan efficient juga. Cuma they can be noisy at times.
I'll be doind dialysis at this hospital for the next 2 weeks. Next Monday kene pi HKL nephrology clinic plak to meet the specialist. Kat Hospital skang ni takde Nephro specialist so they referred my case to HKL la. OOooooo lala... I hate HKL, spooky and old!
OK, dah kene buat hemodialysis ni... ada beza ke? Takdenye! Dari tengahari tadi aku dah start muntah balik. Stop muntah for a day saja. Malam tadi aku hypo and today muntah-muntah balik, kene sorong la katil masa cuci darah tadi dan aku plak mengusung muntah tu dari dialysis center tu to my place kat wad. Kesian la kat A 2 -3 hari ni penat dia dan tadi mas discharge kan aku, mata dia merah sebab he hasn't been sleeping well lately - banyak kerja from office katanya. Aku plak suka kacau dia malam-malam ni bila dah takleh tido... hmmmm kesian kan? Tapi kalau tak kerana A aku mungkin tak tak tabah hadapi semua ni. Untuk pengetahuan sesapa je la yang membaca. My dad, my adik beradik - nobody from home came these past 3 days to visit me - betul la aku kata, apa pun  I will end up alone jugak!


 

I suddenly realised tonight that the only reason why God has let me lived this long and added a year to my age sebab Dia nak aku melalui apa yang telah ditulis untukku. Dengan itu aku perlu redha dan sentiasa bersedia menempuhi apa saja yang He planned for me.

Memang sepatutnya aku tak perlu takut. Aku ada A dan aku ada A. Aku hanya ada A sedangkan aku sendiri tahu benar perangai keluarga ku yang hanya pandai berkata-kata tapi when the time comes to doing it, harammmmm.... but I have A and I shouldn't be afraid.
After 2 weeks of torture vomitting non stop, losing weight and not having appetite at all, apatah lagi nak bekerja. dah seminggu lebih pun aku asik MC. Tonight I made up my mind, after contemplating with the idea whether to go to the hospital or to just let it be. The phone call I made to the clinic petang tadi mengatakan yang memang my creatanine level dah naik to 1300+ and my urea level is extremely high. The doctor yang mungkin aku lebih pandai daripadanya kerana I was the one who suggested for the blood test, dan dia asik bagi aku ubat gastric, suggested I go to the hospital immediately. I have delayed this moment for over 2 months now. Putting aside the idea of depending on a machine for life sampai bergaduh ngan bapa sendiri but perhaps this is the time that he fulfils his promises. Proving to me
 that he is really a good father yang selama ini aku sangkal sebab kerananya ibuku merana, kerananya juga kami adik beradik derita. And it's from his blood that i got penyakit keturunan ni. Believe me, every single person in his family has diabetes and I got it when I was 16.
So I told A in between vomits to take me to the hospital. Memang A dah offer dari tadi but I told him I didn't want to go. Bergegas la A amikkan my toiletries. my baju and put them in a bag. I know what's waiting for me at the hospital karang and I definitely know it's going to be one long stay....

 

Sepuluh minit lagi tepat la umurku 33 tahun. Aku dilahirkan jam 5:10 minit petang di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Hari ini merupakan hari yang amat sedih bagiku. satu kerana aku rindu pada arwah ibuku yang harijadinya semalam. Dua aku sedih kerana tuhan panjangkan umurku, bermakna aku terpaksa mengharungi liku-liku hidup berpenyakit ini. Entah sampai bila penyiksaan ini terpaksa aku harungi. Namun aku amat bertuah kerana punyai seorang yang amat menyayangiku. Aku juga punya kawan-kawan yang baik, walau lebih baik jika keadaan aku berbeza seperti dulu-dulu semasa aku masih sihat.Aku baru saja menerima kunjungan rakan-rakan baikku, S, M dan R. W dan Z menelefon dari tempat mereka dan inilah pertama kali sejak zaman U dulu hari jadiku dihadiri oleh semua insan-insan yang kusayangi selama ni. Tapi alangkah sedihnya ibuku tiada dan ayahku pula tidak mengucapkan selamat hari jadi kepadaku. Tak mengapalah jika ini nasib ku.

Malam ini A akan kembali ke rumah ibunya. Aku sedih lagi kerana aku tetap akan ditinggalkan walau ini hari jadi ku. Keseorangan la nampaknya aku lagi. Aku amat berharap yang A tak akan pergi malam ini. Temani aku di hari jadi ku yang tidak ku sangka akan kulalui lagi tahun ini. Aku benar-benar menyangka yang umurku tidak akan sempat mencecah 33 tahun.
Ya, aku masih muntah-muntah. Sebenarnya S, M dan R mengajak aku dan A lunch bersama untuk meraikanku tapi kerana aku sakit maka mereka datang menjenguk dirumah bersama kuntuman bunga ros dan fruit basket dan bermacam hadiah lagi. Seronok aku rasa bila mereka datang bertandang kerumah. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran M yang datang dari tempat yang amat jauh.
I really wish A would not leave me tonight. Kecik hati pun ada...



 

Today is my mom's late birthday. Tiba je tanggal 7hb November ni aku pasti akan sedih, moody dan jadi hypersensitive. Mana tak, esok plak birthday aku dan selalunya kami akan sama-sama celebrate our birthdays, share our cakes, exchange gifts. Kini dah 4 tahun berlalu dan semua tu hanya tinggal kenangan. Paling akhir aku dapat terima hadiah dari ibu was 4 years ago - the year she died. She passed away lebih kurang a month before her birthday tapi memang dah jadi lumrah ibuku dia akan beli hadiah hari jadi sesiapun lebih awal. Just imagine when my birthday came in 2004, my brother gave me the presents sedangkan hari sebelumnya aku menangis tak henti-henti sebab kesedihan. Aku menangis lagi keesokan harinya bila dapay hadiah dari ibu yang telah tiada. Sehelai t-shirt, pen dan organizer yang semuanya aku tak pernah gunakan sehinggalah ke hari ini. Takut rosak - itulah pemberian terakhir seorang ibu sebelum kembalinya kerahmatullah. Apa yang dapat aku lakukan hari ini adalah berdoa untuknya dan juga untukku yang sedang kesakitan ini. Pada Ramadhan yang lepas aku kerap kali bermumpi tentang arwah. Aku dapat rasakan yang seperti arwah memanggil dan mengajakku kepadanya. Memang pada masa itu aku sedang sakit teruk dan selepas Hari Raya tempoh hari aku kembali sihat selama 2 lebih sehinggalah aku jatuh sakit semula sekarang. Mungkinkah aku akan menemuinya dan mungkinkah aku tidak akan sempat menyambut hari lahirku sepertinya?

 

Ya Tuhan penatnya aku rasa hari ni. Padan dengan muka sendiri sebab sendiri yang carik pasal. Gatal sangat mengajak kaum keluarga aku makan kat umah dan gatal sangat nak masak nasik lemak buat pertama kalinya dalam hidup aku. Boleh la tahan nasik lemak aku. Sedap la jugak walau terlembik sket. Bukan apa ka'ngah bagi salah resipi. Tapi nasib baik ikut cakap dia kalau ikut resipi internet ke, buku ke lagi haru macam kes aku buat pau sambal hari tu. Bila tiba time masak je tak jadi terus kene buang semua. Semalam aku cuba buat lagi dengan resipi ka'ngah pau sambal tu - jadik! Dan akan aku hidangkan pada keluarga aku masa Deepavali ni.. ahahah kira macam open house la tapi untuk keluarga je. Tu pun keluarga terdekat. Family A aku ajak gak tapi dorang tak dapat datang last minute. Nasib baik tak masak lebih.
Kira bangga jugak la aku masak nasik 2 kali 6 pot kot habis semuanya walaupun terlembik. Nasib baik rice cooker aku terer boleh kasi lebih kering nasik tu tak la teruk sangat. Yang pastinya malam ni aku macam rasa nak demam. Aku sendiri tak la makan banyak sangat. Betul la orang kata kalau dah sendiri masak tu memang takde selera nak makan. Aku pun dah sakit-sakit badan. 2 - 3 hari ni aku kuat semacam je prepare for the makan-makan. Siap stay up sampai 2 - 3 pagi masak dan potong-potong bagai. Bangga la sebab semuanya aku buat sendiri. A tak tolong pun part-part masak ni. Dia takut tak jadik kot. Tapi kemas rumah pun aku kene buat jugak.. hmmm tak pe la, aku yang ngengada nak ajak orang makan. Kalau masak makan berdua je kan senang. Tapi A jugak punya mulut la soh ajak family katanya aku kalau masak tak terti sikit. Nanti banyak terlebih. Ha... siap tak cukup sebab along dan sapit bungkus bawak balik buat makan malam sekali hehehe... kira okay la tu... bangga la... nanti-nanti aku masak lagi kalau rajin dan kali ni dengan resipi yang betul la... Skang ni aku nak pengsan dulu... tata titit tutu!

 

I am alone again tonight. A pi main futsal pulak. Cursing Astro for showing the same cerita over and over agin - membazir duit je bayar memahal - there aren't any good movies to watch. Their raya stuff pun duk ulang sampai berbelas kali, tu pun mau bangga showing stuff for raya sampai 14 hari konon - bak kata Patric teoh - Niamah! Poodah! (apa maksud niamah tu ek? I hope tak mencarut lah hehehe).
I know that A is the happiest man on earth hari ni. Semalam malam aku ikut dia pi beli PDA phone impian dia tu... dah sebulan kot duk asik cakap pasal phone tu. At the office pun balik-balik forward me the write ups pasal the phone - takpe la, as long as dia happy I will be happy too - ada ler aku kene berkorban sket for him to get the PDA phone but I am not going to say what. As long as my other half is happy and smiling all the way from ear to ear. Considering what he has done for me all these while, this sacrifice I made kira kecik amat la.
Today indeed is an important day for us - I though he has forgotten about it, maklumlah dah dapat toy baru, toy lama dilupakan muahahaha but he remembered when I specifically asked him "Do you know what day this is?" "Yes, it's our declaration day" Alahai... lemah lutut aku bila dia ingat this date when we declared. Nanti ada masa (walaupun memang banyak masa) and mood akan aku ceritakan how we came to declare. Complicated and involved real hard work.
We didn't do anything special for our 'Declaration Day' - actually baru tahun ni it's given a name - selalunya we call it 'Our Actual Anniversary' - kami usually celebrate the day we met mata bertentang mata. Bak bahasa buku, bibit-bibit percintaan bermula gitu, tarikh kawen la senang - I told you it's complicated, nantila I'll explain when the right time comes. Apapun kisahnya, I love you very much A, you mean the world to me!
Malam ni tapau makan from On The Run Esso - the other day we bought their nasi ayam macam sedap gila but today, cheh hampeh haram tak sedap langsung ayam panggang percik tu - apa yang terpercik tu I am beginning to wonder. Nyesal la jugak but actually I wanted Ayamas punya ayam percik since yesterday tapi Cik Abang dah ajak pi beli phone (keluar dalam hujan lebat tu ko, sanggup!) maka tak jadik la makan ayam panggang berjumlah seeokr itu. Hehehe sekor lagi!
Anyways, I am feeling a little better today - takde apa yang menyakitkan hati and whatever has happened on Sunday hari tu with dad, let it be and just hope time will heal. He said he forgave me, just hope he wont bother me again with that 'thing' I was telling you guys about.
Hmmm dalam aku blog hopping one of my favourite blogs 'Catz's Cafe' she was showing pictures of her recent raya holiday in NZ (New Zealand ok bukan NZ Curry House ye) and I think I have found a holiday destination for the two of us next October musim bunga.... I want to see the beautiful flowers! Fuh...fuh... mintak-mintaklah ada cukup duit to do just that, Aminnnn...

 

October 14, 2008 - 10:27am

Posted In: . By amiloved

Semalam, bukan aku tidak ada apa untuk dibicara - banyak, terlalu banyak sehinggakan tidurku tak lena, terkebil-kebil mata memandang siling di saat A sedang nyenyak tidur. Banyak yang mengganggu fikiran aku terutamanya Ahad malam. I was so upset and pissed of that I couldn't make myself go to work or could I even force myself out of bed the whole of yesterday. The whole night as a matter of factly dalam kepala ni berlegar-legar bermacam-macam perkataan like I was trying hard to compose a winning essay  to the one and only yang selalu makes me upset my whole life - my dear daddy.Like I've mentioned in my previous post about 'something' that my dad is forcing me to do, of all days he chose to come to my house on Sunday evening. I was alone as A was at the weekend conference he was attending. Dah la datang so sudden, rumah tengah berkecah, tak pasal-pasal my brother kene marah sebab tak warn me earlier to at least get the house cleaned before they arrive - ni dah depan pintu baru nak beritahu. And as I expected, nampak je muka aku, my dad started speaking about the 'thing'. I will always try my best to become the obedient child - aku tak mau jadik derhaka, tak mau kurang ajar but I do have my limits. When pushed, sapa-sapa pun lah akan melenting - so I tried telling him nicely if he can stop talking about the 'thing' for once - I am tired of it and I am not just doing nothing to solve my problems. I even said 'please' jangan la nampak muka saya saja you have to mention it. I asked him to give me time and I told him the more you push me, the more I will delay things. Terus dia bangun and asked my brother to take him home. I was left with my mouth gaping wide wondering what I've done - I know somehow dia kecik ati but things are done - terlajak kereta boleh undur, terlajak kata?I immediately sent a text message to his phone apologizing, telling him bukan niat aku nak menderhaka atau nak mengetepikan dia dalam apa jua hal yang aku buat but I have my reasons for doing things the way I am doing them. I am not comfortable him trying to be the nice dad sedangkan he was the one who made our lives miserable - he was the one who made my mom cried most of the time - tak selesalah suddenly you're trying to be nice to us - sebab rasa bersalah my mom got sick and died because he made her so miserable ke?Tapi aku tetap sorang anak. Aku rasa bersalah yang amat. he replied my text message asking me to forget the thing that happened petang tu but he was still talking about me getting that 'thing' done - dia tak faham dan tak akan faham sampai bila-bila. I have told him my wishes, if they were to be my last and I just hope they will get respected. So semalam I decided to stay home (pi opes pun bukan buat kerja, like now, me updating this blog) sleep it offand go on with my life...

Whatever it is I have never, ever stopped loving you dad.

 

October 10, 2008 - 3:13pm

Posted In: . By amiloved

Aku tengah bosan tahap cipan gunung ni. Tadi dah lunch ketupat yang A masak dengan rendang yang dia beli... boleh tahan la sedapnye hehehe. Mata ni macam ngantuk la teramat I just wish I could sleep it off, ada kang yang jadik cam semalam tersengguk depan PC ni.

Since morning tadi ni sebenarnya I have recevied 2 calls from an unrecognised number - dah ada voicemail taknak tinggal pesan, number tak kenal aku tak la jawab. Moreover it's a 014 number - mana la aku ada kengkawan guna 014 nih. Rupa-rupanya it's one of my nephews from Johor... pelik nih tak pernah-pernah dia contact aku (rupa-rupanya dia pandai la tinggalkan message kat voicemail). I suspected my dad yang kasi my number to this guy. Ni la satu yang bothering me sejak a week ago. My dad has been pastering me to do something which aku memang tak mau buat, at least for now. And he's been telling people to talk to me into doing it - memang for my own good tapi I am just not ready, yet, sebab banyak consequencesnye. There are many things yang I have to consider before doing this thing I am suppose to do. It may be a matter of life and death tapi to me it will only be my last resort. Since a couple of days ago aku betul-betul rasa memang tak perlu untuk aku buat benda tu dulu but I am giving it a serious thought to go ahead with it pun, bukan tak mo buat langsung. Cuma my dad ni just refuse to understand and keeps pestering me and forcing me.
So my nephew ni tak lain tak bukan call tetiba alih-alih mat salih ni I assume ada la kene mengena dengan benda tu sebab dia ni ada pengalaman buat benda tu dulu. Kalau tak masakan takde anginm takde ribut, dah bertahun tak 'catch up' with me (that was his mesage dalam my voicemail tadi) said helo pun takde, tanya khabar pun tak pernah, tetiba je hari nak 'catch up' and called me twice? Memang tak lain tak bukan keje my dad la ni.
Macam ni la lagi aku tak suka. Hal peribadi aku pi cerita kat sume orang yang takde kene mengena dengan masalah aku - lagi la amik tahu hal aku pun tak. Sedangkan A pun paham bila I told him that I need time to think it over and give myself sometime to consider some things dulu. Please la respect whatever decision I made - nak go on or otherwise with the plan. Afterall it's me and aku takkan kacau sapa-sapa pun if anything happens.
I know my dad loves me very much sebab tu dia buat cara cenggini. Tiap-tiap hari call me 2 -3 kali to remind me of the 'thing' and to talk me into doing the thing he wanted me to do tapi tolongla... let me do it my way at my own time, bukan dengan paksaan. The more I am forced, the more I will dilly dally and try to forget it. Sampaikan I did something yang memang derhaka - I blocked my dad's number from my phone - but I have no other choice. If he wants to talk to me he will have to be patient and let me do it my way. Memang hubungan aku dengan bapa aku tak berapa baik sejak dulu - don't get me wrong, I am not the kind yang melawan, memberontak atau memaki hamun. I am a very soft spoken person sampaikan orang selalu pijak kepala tapi my history with him goes a long way - something to do with what he did to my mother and my family in general. I am just unconfortable with him - just imagine my own father tapi nak buat macamana? He was the one who did all these, distancing himself from us and choosing the wrong things and the wrong people in his life - it is just to late to be nice to us - at least to me.
Pa, please give me time. Kalau Tuhan dah tentukan masa memang dah tak ada then let be it. Bukan saya tak buat apa-apa. I am doing something and it's showing some good at least. I have my reasons for resisting and I assure my reasons are valid. I have thought them over and over again. Please respect my decision.