Sepuluh minit lagi tepat la umurku 33 tahun. Aku dilahirkan jam 5:10 minit petang di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Hari ini merupakan hari yang amat sedih bagiku. satu kerana aku rindu pada arwah ibuku yang harijadinya semalam. Dua aku sedih kerana tuhan panjangkan umurku, bermakna aku terpaksa mengharungi liku-liku hidup berpenyakit ini. Entah sampai bila penyiksaan ini terpaksa aku harungi. Namun aku amat bertuah kerana punyai seorang yang amat menyayangiku. Aku juga punya kawan-kawan yang baik, walau lebih baik jika keadaan aku berbeza seperti dulu-dulu semasa aku masih sihat.Aku baru saja menerima kunjungan rakan-rakan baikku, S, M dan R. W dan Z menelefon dari tempat mereka dan inilah pertama kali sejak zaman U dulu hari jadiku dihadiri oleh semua insan-insan yang kusayangi selama ni. Tapi alangkah sedihnya ibuku tiada dan ayahku pula tidak mengucapkan selamat hari jadi kepadaku. Tak mengapalah jika ini nasib ku.

Malam ini A akan kembali ke rumah ibunya. Aku sedih lagi kerana aku tetap akan ditinggalkan walau ini hari jadi ku. Keseorangan la nampaknya aku lagi. Aku amat berharap yang A tak akan pergi malam ini. Temani aku di hari jadi ku yang tidak ku sangka akan kulalui lagi tahun ini. Aku benar-benar menyangka yang umurku tidak akan sempat mencecah 33 tahun.
Ya, aku masih muntah-muntah. Sebenarnya S, M dan R mengajak aku dan A lunch bersama untuk meraikanku tapi kerana aku sakit maka mereka datang menjenguk dirumah bersama kuntuman bunga ros dan fruit basket dan bermacam hadiah lagi. Seronok aku rasa bila mereka datang bertandang kerumah. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran M yang datang dari tempat yang amat jauh.
I really wish A would not leave me tonight. Kecik hati pun ada...