Today is my mom's late birthday. Tiba je tanggal 7hb November ni aku pasti akan sedih, moody dan jadi hypersensitive. Mana tak, esok plak birthday aku dan selalunya kami akan sama-sama celebrate our birthdays, share our cakes, exchange gifts. Kini dah 4 tahun berlalu dan semua tu hanya tinggal kenangan. Paling akhir aku dapat terima hadiah dari ibu was 4 years ago - the year she died. She passed away lebih kurang a month before her birthday tapi memang dah jadi lumrah ibuku dia akan beli hadiah hari jadi sesiapun lebih awal. Just imagine when my birthday came in 2004, my brother gave me the presents sedangkan hari sebelumnya aku menangis tak henti-henti sebab kesedihan. Aku menangis lagi keesokan harinya bila dapay hadiah dari ibu yang telah tiada. Sehelai t-shirt, pen dan organizer yang semuanya aku tak pernah gunakan sehinggalah ke hari ini. Takut rosak - itulah pemberian terakhir seorang ibu sebelum kembalinya kerahmatullah. Apa yang dapat aku lakukan hari ini adalah berdoa untuknya dan juga untukku yang sedang kesakitan ini. Pada Ramadhan yang lepas aku kerap kali bermumpi tentang arwah. Aku dapat rasakan yang seperti arwah memanggil dan mengajakku kepadanya. Memang pada masa itu aku sedang sakit teruk dan selepas Hari Raya tempoh hari aku kembali sihat selama 2 lebih sehinggalah aku jatuh sakit semula sekarang. Mungkinkah aku akan menemuinya dan mungkinkah aku tidak akan sempat menyambut hari lahirku sepertinya?