Sepuluh minit lagi tepat la umurku 33 tahun. Aku dilahirkan jam 5:10 minit petang di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Hari ini merupakan hari yang amat sedih bagiku. satu kerana aku rindu pada arwah ibuku yang harijadinya semalam. Dua aku sedih kerana tuhan panjangkan umurku, bermakna aku terpaksa mengharungi liku-liku hidup berpenyakit ini. Entah sampai bila penyiksaan ini terpaksa aku harungi. Namun aku amat bertuah kerana punyai seorang yang amat menyayangiku. Aku juga punya kawan-kawan yang baik, walau lebih baik jika keadaan aku berbeza seperti dulu-dulu semasa aku masih sihat.Aku baru saja menerima kunjungan rakan-rakan baikku, S, M dan R. W dan Z menelefon dari tempat mereka dan inilah pertama kali sejak zaman U dulu hari jadiku dihadiri oleh semua insan-insan yang kusayangi selama ni. Tapi alangkah sedihnya ibuku tiada dan ayahku pula tidak mengucapkan selamat hari jadi kepadaku. Tak mengapalah jika ini nasib ku.
Labu dan Pucuk Manis Masak Lemak
4 years ago
0 Responses to November 8, 2008 - 5:00pm
Something to say?