November 8, 2008 - 12:45am
Rupa-rupanya tuhan panjangkan umurku. Tanggapan aku yang aku tak akan melangkau hari jadiku kali ni salah. Ternyata arwah ibuku dan kembar ayahku yang meninggal sebulan sebelum hari jadi mereka tidak serupa bagiku kali ini. Ternyata derita aku kesakitan akan aku tanggung untuk masa yang lebih panjang lagi.
Malam tadi A dan aku menonton filem seram Susuk yang katanya box office dan berjaya mengutip jutaan ringgit, Filem tahun 2006 ini akhirnya kepanggung pada tahun ini tapi kami tidak berkesempatan menontonnya dipanggung atas sebab-sebab tertentu. Maka kami telah membeli DVDnya. Aku tertidur di saat-saat akhir filem ini - faham-faham sahajalah kalau dah tertidur semasa menonton filem seram - maka tak seramlah cerita itu dan memang membosankan.
Tepat jam 12 malam seperti biasa tahun-tahun lalu A akan memberi kejutan padaku. Tapi tidak kusangka aku akan terbangun jam 12 malam dan dikejutkan dengan sebuah kek yang simple tapi cantik (biasala lelaki yang pilih kan) dan juga beberapa hadiah yang ternyata memang aku sukai. Aku sayang pada A kerana dia sentiasa faham akan apa yang aku mahu. Malangnya selepas memakan beberapa sudu kek pemberian A, aku muntah. Maka tidaklah kusentuh lagi kek tersebut.
Kami tidur dalam pelukan dan rasa penuh kasih sayang. Aku sebenarnya sedih, rasa terkilan pun ada kerana tuhan masih mahu aku teruskan perjuangan aku. Sesungguhnya aku telah berputus asa dan mengharapkan pengkahiran buat diriku. Memang terseksa bila berpenyakit sejak kecil, makan ubat tak putus-putus dan setiap kali berjumpa doktor maka ubat akan bertambah dan penyakit baru akan timbul.
Namun aku sedar, kematian bukan lah boleh diminta. Jika tuhan mahu aku terus hidup maka aku terpaksa laluinya dengan tabah. Nasib ku amat baik kerana aku punya A. Tapi aku tertanya-tanya, bilakah derita ku ini akan berakhir?
0 Responses to November 8, 2008 - 12:45am
Something to say?